Baja Mineral Efektif adalah unik dan berbeza dengan kebanyakan baja-baja lain yang terdapat dalam pasaran, dimana mereka hanya memberi tumpuan kepada keperluan nutrien untuk tanaman sahaja. Terdapat 4 komponen di dalam Baja Mineral Efektif yang mempunyai peranan dan fungsinya tersendiri untuk membantu proses tumbesaran tanaman, menghindari penyakit tanaman, meningkatkan pengeluaran hasil dan juga memperbaiki struktur tanah.
Antara komponen dalam penting dalam baja mineral efektif:-
1. Komponen Pertama : Orthosilicic Asid (H4SiO4)
Orthosilicic Asid adalah sangat larut, tidak bertoksik dan menyerupai asid nutrien lain dalam tanah seperti Asid Phosphate, Asid Potassium dan lain- lain. Pokok hanya dapat memakan nutrien dalam bentuk asid (cecair). Pokok yang mendapat Orthosilicic Asid akan;

A) | Meneguhkan Lapisan Dinding Sel (Epidermal) Daun, Batang Dan Akar Pokok. | ||||||||||
|
| ||||||||||
B) | Meningkatkan Elemen Klorofil Dalam Daun Untuk Proses Metabolisme Semasa Fotosintesis. | ||||||||||
|
| ||||||||||
C) | Memisahkan Phosphate Yang Terikat. | ||||||||||
|
|
D. | Meningkatkan “Bio-diversiti” (Cacing Dan Mikro-organisma) Di Dalam Tanah. | ||||
|
|
2. Komponen Kedua : Silica (SiO2)
Silica memainkan peranan penting untuk memegang nutrien dan air dalam tanah. Silica dapat meningkatkan tahap “Cation Exchange Capacity” (CEC) di dalam tanah. Ia mampu menyerap dan menyimpan baja yang ditaburkan ke atas tanah seperti Potassium (K), Calcium (Ca), Magnesium (Mg), Ammonia (NH3) dan lain-lain nutrien agar tersedia apabila di perlukan oleh tanaman.
Cation Exchange Capacity (CEC) adalah sukatan jumlah nutrien bercas positif yang dapat disimpan di dalam tanah liat dan humus. Tanaman akan melepaskan ion hidrogen untuk ditukarkan dengan nutrien yang diperlukan seperti Calcium (Ca), Magnesium (Mg), dan Potassium (K) dari tanah liat atau humus.
Gabungan penggunaan baja kimia N.P.K dengan Baja Mineral Efektif mampu mengurangkan kehilangan nutrien akibat daripada pemeruwapan, larian permukaan dan larut resap.
Silica juga dapat mengurangkan ancaman toksik aluminium dengan mengikatkan aluminium kepada bentukAluminosilicate yang kurang bertoksik di dalam tanah.
3. Komponen Ketiga : Calcium Dan Magnesium
Baja Mineral Efektif adalah neutral (pH 7). Ia mengandungi lebih kurang 40 peratus Calcium (Ca) dan Magnesium (Mg) yang dapat mengurangkan keasidan tanah ke tahap yang sesuai untuk tanaman.
Mineral Calcium (Ca) dan Magnesium (Mg):

• | Mengurangkan keasidan dalam tanah ke tahap yang sesuai untuk tanaman. |
• | Masalah fixation (pengikatan nutrien) keatas phosphate yang menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan toksik aluminium (Al) dan besi (Fe) kepada tanaman dapat diatasi. |
4. Komponen Keempat : Kandungan Makro-mikronutrien (Trace Element)
Terdapat 14 jenis nutrien di dalam Baja Mineral Efektif dan ianya adalah larut dan dapat di gunakan terus oleh tanaman.
Kesimpulan
Baja Orthosilicic Asid (H4SiO4) telah digunakan dengan jayanya di Jepun, Korea, China, Rusia, Kanada, Brazil dan juga Thailand. Malah terdapat banyak kajian mengenai Orthosilicic Acid (H4SiO4) yang telah di jalankan di dalam industri pertanian di negara-negara maju seperti Jepun, Kanada, Amerika, Eropah, Rusia dan lain-lain sejak awal tahun 70 an. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan baja Orthosilicic Asid adalah sangat berkesan dan mampu mengoptimakan proses tumbesaran semua jenis tanaman. Tetapi, proses penguraian mineral silica (kristal) kepada Orthosilicic Asid (cecair) secara semulajadi memakan masa yang agak lama.
Di dalam tanah pertanian terutamanya ladang berskala komersial, kekurangan Orthosilicic Asid tidak dapat digantikan dengan secukupnya melalui proses semulajadi. Maka penambahan (replenishing) Orthosilicic Asid melalui proses pembajaan adalah sangat diperlukan.
Telah terbukti bahawa baja Orthosilicic Asid adalah merupakan mineral nutrien yang sangat penting untuk tanaman.