Tuesday, January 25, 2011

KEPENTINGAN BAJA MINERAL EFEKTIF

Baja Mineral Efektif adalah unik dan berbeza dengan kebanyakan baja-baja lain yang terdapat dalam pasaran, dimana mereka hanya memberi tumpuan kepada keperluan nutrien untuk tanaman sahaja. Terdapat 4 komponen di dalam Baja Mineral Efektif yang mempunyai peranan dan fungsinya tersendiri untuk membantu proses tumbesaran tanaman, menghindari penyakit tanaman, meningkatkan pengeluaran hasil dan juga memperbaiki struktur tanah.

Antara komponen dalam penting dalam baja mineral efektif:-
                                              
1. Komponen Pertama : Orthosilicic Asid (H4SiO4)

Orthosilicic Asid adalah sangat larut, tidak bertoksik dan menyerupai asid nutrien lain dalam tanah seperti Asid Phosphate, Asid Potassium dan lain- lain. Pokok hanya dapat memakan nutrien dalam bentuk asid (cecair). Pokok yang mendapat Orthosilicic Asid akan;

A)
Meneguhkan Lapisan Dinding Sel (Epidermal) Daun, Batang Dan Akar Pokok.

Menguatkan sistem imunisasi tanaman untuk melawan penyakit, serangan serangga dan meningkatkan ketahanan tanaman semasa kemarau dengan membantu proses penyimpanan air dalam tanaman.
Menghindari penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) atau Ganoderma Basal Stem Rot.
Mengatasi masalah Tapping Panel Dryness (TPD) kepada tanaman getah.
Menguatkan batang dan tangkai tanaman padi.


B)
Meningkatkan Elemen Klorofil Dalam Daun Untuk Proses Metabolisme Semasa Fotosintesis.

Ini dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman.
Pokok kelapa sawit yang hanya menghasilkan fasa bunga jantan akan mula menghasilkan buah.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti susu getah.
Meningkatkan hasil pengeluaran padi dan buah-buahan.


C)
Memisahkan Phosphate Yang Terikat.

Baja Phosphate yang di taburkan ke atas tanah yang sangat berasid telah mengikatkan Phophate dengan mineral lain dan menukarkan bentuknya kepada bentuk yang tidak dapat di makan oleh pokok. Orthosilicic Asid dapat memisahkan Phosphate yang terikat di dalam tanah kepada bentuk asal Phosphoric Asid yang dapat di gunakan oleh tanaman.

D.
Meningkatkan “Bio-diversiti” (Cacing Dan Mikro-organisma) Di Dalam Tanah.

Meningkatkan keupayaan penadahan dan kedapatan air di dalam tanah.
Memproses dan mereputkan bahan organik kepada bentuk humus yang dapat digunakan oleh tanaman.

2. Komponen Kedua : Silica (SiO2)

Silica memainkan peranan penting untuk memegang nutrien dan air dalam tanah. Silica dapat meningkatkan tahap “Cation Exchange Capacity” (CEC) di dalam tanah. Ia mampu menyerap dan menyimpan baja yang ditaburkan ke atas tanah seperti Potassium (K), Calcium (Ca), Magnesium (Mg), Ammonia (NH3) dan lain-lain nutrien agar tersedia apabila di perlukan oleh tanaman.

Cation Exchange Capacity (CEC) adalah sukatan jumlah nutrien bercas positif yang dapat disimpan di dalam tanah liat dan humus. Tanaman akan melepaskan ion hidrogen untuk ditukarkan dengan nutrien yang diperlukan seperti Calcium (Ca), Magnesium (Mg), dan Potassium (K) dari tanah liat atau humus.

Gabungan penggunaan baja kimia N.P.K dengan Baja Mineral Efektif mampu mengurangkan kehilangan nutrien akibat daripada pemeruwapan, larian permukaan dan larut resap.

Silica juga dapat mengurangkan ancaman toksik aluminium dengan mengikatkan aluminium kepada bentukAluminosilicate yang kurang bertoksik di dalam tanah.

3. Komponen Ketiga : Calcium Dan Magnesium

Baja Mineral Efektif adalah neutral (pH 7). Ia mengandungi lebih kurang 40 peratus Calcium (Ca) dan Magnesium (Mg) yang dapat mengurangkan keasidan tanah ke tahap yang sesuai untuk tanaman.

Mineral Calcium (Ca) dan Magnesium (Mg):
Mengurangkan keasidan dalam tanah ke tahap yang sesuai untuk tanaman.
Masalah fixation (pengikatan nutrien) keatas phosphate yang menyebabkan ketidakseimbangan nutrien dan toksik aluminium (Al) dan besi (Fe) kepada tanaman dapat diatasi.

4. Komponen Keempat : Kandungan Makro-mikronutrien (Trace Element)

Terdapat 14 jenis nutrien di dalam Baja Mineral Efektif dan ianya adalah larut dan dapat di gunakan terus oleh tanaman.

Kesimpulan

Baja Orthosilicic Asid (H4SiO4) telah digunakan dengan jayanya di Jepun, Korea, China, Rusia, Kanada, Brazil dan juga Thailand. Malah terdapat banyak kajian mengenai Orthosilicic Acid (H4SiO4) yang telah di jalankan di dalam industri pertanian di negara-negara maju seperti Jepun, Kanada, Amerika, Eropah, Rusia dan lain-lain sejak awal tahun 70 an. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan baja Orthosilicic Asid adalah sangat berkesan dan mampu mengoptimakan proses tumbesaran semua jenis tanaman. Tetapi, proses penguraian mineral silica (kristal) kepada Orthosilicic Asid (cecair) secara semulajadi memakan masa yang agak lama.

Di dalam tanah pertanian terutamanya ladang berskala komersial, kekurangan Orthosilicic Asid tidak dapat digantikan dengan secukupnya melalui proses semulajadi. Maka penambahan (replenishing) Orthosilicic Asid melalui proses pembajaan adalah sangat diperlukan.

Telah terbukti bahawa baja Orthosilicic Asid adalah merupakan mineral nutrien yang sangat penting untuk tanaman.


Lawatan ke Ladang Nanas, Laka Temin, Bukit Kayu Hitam



Lawatan integrasi ini diadakan bertujuan untuk mendalami ilmu pertanian yang menjurus kepada konsep penggunaan teknologi dan keusahawanan.

Tempat: Ladang Laka Temin, bukit Kayu Hitam
Tarikh : 24.01.2011
Penyelia Ladang: En Hamdan b. Ramlee

Projek tanaman nanas di Ladang Laka Temin, Bukit Kayu Hitam diterajui oleh Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd. Anak syarikat kepada Kedah Agro Holding Sdn Bhd. Ladang ini berkeluasan 20 hektar lebih iaitu hamper 50 ekar yang disewa dari Syarikat kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah Sdn.Bhd. Projek ini mula diusahakan pada 1 April 2010 dengan kepadatan penanaman pada 14000 batang pokok per ekar. Kawasan ini ditanam dengan Nanas varieti Morris yang terkenal dengan rasa yang manis dan kekerapan buahnya. Nanas varieti ini sangat popular dikalangan rakyat Malaysia berbanding varieti yang lain. 


Pemandangan ladang nanas di Laka Temin, Bukit Kayu Hitam


Nanas varieti Morris 


Kami diajar teknik menanam nanas dengan betul


Team kami bersama En Nordin Johan dari Pekasa Malaysia di tapak ladang nanas.